Menteri tidak cakna budaya LGBT makin mengakar?

- Advertisement -

PELIK bin Ajaib, itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Menteri Komunikasi dan Digital berhubung isu yang dicemari aksi dan pertunjukan seni bertentangan adab dan tatasusila dan undang-undang di negara ini seperti yang dicetuskan persembahan konsert kumpulan pop rock British, The 1975.

Semua yang tercemar itu berlaku sempena Festival Good Vibes di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Jumaat lalu. Yang tak rasa Good Vibes ini ialah Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab perihal kemasukan persembahan artis luar negara ini.

Agensi yang dipertanggungjawab itu ialah Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Elok dan ada hikmahnya berlaku kejadian dan isu ‘The 1975’ ini kerana ia mendedahkan kelemahan atau kepincangan aspek pengeluaran permit kelulusan menganjurkan aktiviti hiburan daripada pihak berkuasa atau kementerian berkaitan.

Dah masuk lapan bulan Menteri yang dipertanggungjawab ini berada dalam kementerian itu. Apa yang dia buat dalam pejabat menterinya itu?

Mana mungkin tidak diberikan taklimat, perbincangan, mesyuarat dan sifat ambil tahu dalam soal pentadbiran, prosedur, perundangan, tatacara dan tatakelola seperti yang dimomok-momokkan oleh Perdana Menteri Madaninya.

Apakah Menteri ini mengetahui PUSPAL sebenarnya di bawah kementeriannya atau tidak? TokLi nak tanya ini!

Adakah Menteri tahu apakah visi, misi dan objektif PUSPAL ini sebenarnya?

Akhir sekali, TokLi nak tanya Menteri yang bertanggungjawab ini, janganlah pula dikaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan tindakan menghentikan konsert The 1975. Tidak ada kena mengena pun kerana ia dua perkara yang sangat berbeza.

Soalnya sekarang ialah Menteri dilihat seolah-olah tidak cakna dengan tanggungjawabnya dan perkara ini perlu diambil serius kerana budaya LGBT itu semakin mengakar.

Sekian. 
DATUK RAZALI IDRIS
Ketua Penerangan BERSATU
26 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 26/7/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -