The 1975: Kegilaan Kerajaan Madani PH-Umno

- Advertisement -

KONSERT The 1975 diluluskan oleh Kerajaan Madani PH-Umno telah menghina agama, negara dan budaya ketimuran.

- Advertisement -

Bukan sekadar bercium, penyanyinya, Matt Healy menyebarkan ideologi liberalnya dan mengkritik undang-undang Malaysia.

Ini terbukti kenapa kita berhati-hati dalam membawa artis luar melakukan persembahan di negara ini terutama mereka yang ber-ideologi dan melaksanakan LGBTQ.

Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi perlu meletak jawatan kerana ini bukan kali pertama Matt Healy berkelakuan sedemikian dalam konsertnya:

1. Tahun 2019, Matt Healy pernah melalukan tindakan yang sama dalam sebuah konsert di Dubai.

2. Tahun 2022, berlaku perkara yang sama dalam salah satu konsert kumpulan beliau iaitu North American Tour.

PERIKATAN NASIONAL (PN) tetap berpegang teguh pada prinsip agama, bangsa dan negara dan tidak sesekali berkompromi dengan isu-isu sebegini.

Dan kita berharap seluruh Rakyat Malaysia bersama-sama dengan PN untuk mempertahankannya.

“Malaysia Sejahtera”

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS PUSAT
Ahli Parlimen Jerantut
23 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 23/7/2023

- Advertisement -