MENGAPA UUM tetap meneruskan peperiksaan yang jatuh pada hari mengundi 12 Ogos 2023 ?
Pada awalnya, difahamkan pihak UUM telah menangguhkan peperiksaan bagi memberi ruang kepada mahasiswa untuk balik mengundi (rujuk Notis 1). Tindakan ini wajar dipuji.
Walau bagaimanapun, keluar notis kedua yang menyatakan peperiksaan diteruskan pada hari mengundi, kekal seperti jadual asal. Ini sangat tidak wajar!
Difahamkan, ada mahasiswa yang telah membeli tiket pengangkutan awam untuk balik menunaikan tugas mengundi.
Sepatutnya pihak UUM tangguhkan peperiksaan tersebut bagi memberi ruang mahasiswa balik mengundi.
Persoalannya;
1. Mengapa ada 2 notis yang berbeza? Notis yang kedua membatalkan notis yang pertama. Adakah ada arahan ‘tertentu’ daripada sang penguasa?
2. Mengapa menafikan hak mahasiswa untuk keluar atau balik mengundi?
3. Adakah tindakan ini bertentangan dengan Akta Pilihan Raya yang menghalang pengundi keluar mengundi?
4. Adakah pihak-pihak berkenaan merasakan kempen besar-besaran mereka sambil menari tunjuk langit kepada mahasiswa baru-baru ini, langsung tidak memberi kesan untuk menarik mahasiswa menyokong mereka, maka mereka halang mahasiswa keluar mengundi dengan cara sebegini?
Nak menari dalam kampus, ikut suka kamulah.
Nak tunjuk-tunjuk langit, ikut suka kamulah.
Nak mengorat mahasiswi minta nombor telefon, ikut suka kamulah.
Tapi, benarkan mahasiswa keluar mengundi!
Itu hak mereka!
Mohon penjelasan. Terima kasih.
YB AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ahli Parlimen Alor Setar
23 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 23/7/2023
Tuntut penjelasan UUM teruskan peperiksaan 12 Ogos
- Advertisement -