Pemimpin di Kuala Lumpur tidak dapat tidur lena

Dato’ Mohd Amar Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dakwaan gelombang rakyat yang mara pada Pilihan Raya Umum (PRU) tidak mampu bertahan ternyata meleset, apabila puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

- Advertisement -

Segenap ruang stadium penuh sesak, malah sebahagian yang hadir tetap bertahan dalam keadaan hujan lebat bagi mengikut ikuti ucapan pemimpin PERIKATAN NASIONAL (PN) pada program Munajat Rakyat Kelantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah mengakui secara peribadi begitu terharu dengan kehadiran tokoh-tokoh besar dalam politik negara datang menyatakan sokongan dan berkongsi maklumat penting dengan rakyat Kelantan.

Katanya, gabungan pemimpin politik nasional sebelum ini kita tidak pernah terfikir boleh duduk bersama di satu pentas.

“Ini amat luar biasa yang langsung tidak terfikir pun akan berlaku. Ini membuatkan orang di Kuala Lumpur tidak lena tidur makan pun tidak kenyang.

“Sedangkan di setiap simpang jalan kita boleh temui gambar dia (Perdana Menteri)… sampai tidak boleh nak tidur agaknya kerana terlalu bimbang.

“Tun sendiri pun memakai vest warna hijau malam ini. Kehadiran tokoh besar termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Annuar Musa sesuatu yang langsung tidak didugakan,” katanya pada ucapan aluan pada himpunan tersebut.

Menurutnya juga kehadiran pemimpin terkenal tersebut yang bergabung pada program Munajat Rakyat Kelantan memberi isyarat permulaan langkah ke Putrajaya.

Kata beliau bukan hanya di Kelantan PAS dan PN akan dapat dipertahankan, sebaliknya ia boleh berlaku di peringkat negara.

Katanya, selain Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat dipertahankan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula dijangka mampu dikuasai PN. – HARAKAHDAILY 22/7/2023

- Advertisement -