Anak muda tunggang motosikal lebih 100 km ke stadium

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi tentunya ada musuh politik yang irihati mendakwa mereka diangkut sebagai alasan murahan.

- Advertisement -

Tidak perlu pemimpin yang menjawabnya. Apa kata orang ramai yang hadir.

Sarimah Abdul Ghani, 50 dari Kuala Balah, Jeli berkata beliau dan rakan-rakannya menaiki dua kereta bertolak jam 10.30 pagi semalam bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Katanya mereka perlu sampai awal ke Kota Bharu mengelakkan terperangkap dengan ribuan kenderaan di bandar.

“Walaupun datang dari jauh, saya dan rakan-rakan berasa sungguh gembira dan bersemangat kerana dapat mendengar ucapan daripada tokoh pemimpin negara.

“Kita juga sama-sama solat hajat bagi memastikan kemenangan PAS pada Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui.

Beberapa anak muda dari Jeli juga ketika ditemui memberitahu datang sendiri ke stadium dengan motosikal biarpun jarak lebih 100 kilometer.

Katanya mereka datang bersendirian kerana tiada konvoi motosikal dari tempat yang jauh.

“Ramai juga kawan-kawan berpakat datang dengan kereta. Kami memilih menunggang motosikal bagi memudahkan pergerakan di kawasan bandar,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Srikandi PERIKATAN NASIONAL Kota Bharu Rozainee Nawawi berkata gelombang kehadiran rakyat Kelantan di stadium membuktikan sokongan masih kuat kepada PAS dan PN. – HARAKAHDAILY 22/7/2023