Kerajaan penakut guna polis sekat kemaraan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerajaan yang ada pada ketika ini sebagai penakut hingga menggunakan polis untuk menyekat kebebasan bersuara.

Menurutnya, ahli-ahli politik yang telah bankrap idea itu menggunakan pihak keselamatan untuk menyekat kemaraan rakyat dalam menghadapi hujah balas terhadap agenda dibawa oleh mereka itu.

“Nampaknya di Malaysia ni tak boleh bercakap apa. Kalau di medan politik biasanya orang selesaikan masalah politik di medan politik memberikan hujah balas kepada argument atau ucapan ataupun hujahan. 

“Saya harap ini adalah satu petunjuk ataupun petanda bahawa mereka sebenarnya sedang ketakutan dan segala aparatus negara, agensi-agensi awam akan digunakan untuk menyekat perkembangan kebangkitan atas nama rakyat ni. 

“Saya harap PRN akan datang ni enam negeri itu akan dapat dimenangi oleh Perikatan Nasional. Insya-Allah. Terima kasih,” ujarnya selepas dibenarkan ikat jamin di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini sebentar tadi.

Beliau sebelum itu dihadapkan kepada dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di dua kamar dan hakim berasingan, di mana kes ditetapkan akan dilangsungkan pada 4 Oktober depan.

Selepas mengakhiri kenyataan tersebut, Sanusi sempat memberikan lambaian tangan kepada media seperti imej Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa dibawa ke mahkamah tahun 1998 dahulu. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -