10 bukti DAP-PH cetus api perkauman dan agama

- Advertisement -

TERINGAT fasa kempen PRU15, popular kenyataan undi Anwar dapat Zahid.

Selepas PRU15, sedarlah kita hakikat yang sebenar.

Rupanya undi Anwar mahupun Zahid, rakyat dapat DAP.

Sebagai parti terbesar dalam PH, DAP tanpa bermuka-muka menzahirkan perjuangan Malaysian Malaysia mereka.

Telah keluar pelbagai kenyataan daripada DAP yang buat rakyat geleng kepala. Pemimpinan PKR dan Umno pula menjadi tukang ‘back up’ yang setia.

Disenaraikan di sini, 10 Bukti Pimpinan DAP-PH Pencetus Api Perkauman Dan Rasis

(Edisi Kemaskini daripada catatan Dr. Asyraf Wajdi)

1) Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS akan musnahkan tokong dan menafikan hak bukan-Islam jika memerintah Pulau Pinang. (7 Julai 2023).

2) Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa kononnya Pulau Pinang akan dihapuskan jika PN menang di Pulau Pinang.(30 Jun 2023).

3) DAP cuba mencucuk jarum perkauman dengan mempolitikkan isu kompaun PBT terhadap pakaian peniaga di Kelantan. (Jun 2023).

4) Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Malaysia tidak lagi memerlukan parti Melayu (Jun 2023).

5) Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam. (Februari 2023).

6) Exco DAP, Teng Chang Kim bersikap biadab apbila mengaitkan isu arak dengan solat. (Januari 2023).

7) Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa Malaysia akan menjadi Taliban apabila ditadbir PAS. (November 2022).

8) Bekas pimpinan kanan DAP, Lim Kit Siang menekankan bahawa Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia. (November 2022).

9) Penceramah DAP, Hew Kuan Yew membuat kempen rasis dengan menyeru masyarakat Cina menyambut baik perpecahan Melayu. (November 2022).

10) Pimpinan DAP, P.Ramasamy campur tangan dalam isu pengislaman tiga kanak-kanak sehingga mendakwa kes ini membabitkan paksaan memeluk Islam. (Februari 2022)

Benarlah kata Tuan Guru Presiden PAS, “Tugas mereka (DAP) ialah melabelkan rasis terhadap pemimpin Melayu Islam yang bersuara dan mempertahankan DAP yang terang sikap cauvinisnya.”

KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi SiswaPAS Malaysia – HARAKAHDAILY 13/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -