PH nak tawan Kedah?

- Advertisement -

DALAM pelancaran jentera pilihan raya PKR di Kedah, Saifuddin mengingatkan YAB Menteri Besar Kedah, ‘enough is enough‘.

“Bila PH menang, orang pertama yang kita kena buang dari WISMA adalah Sanusi.”

Sebelum terlampau yakin, Saifuddin jangan hilang ingatan dengan ‘pencapaian’ diri sendiri di Kulim-Bandar Baharu. Baru sahaja kalah teruk, dah berangan nak ganti tempat Sanusi.

Saifuddin ingatkan jentera, kena kekal menang di kerusi BN dan PKR yang dimenangi tahun 2018.

Baik, cuba imbas prestasi PH dalam PRU14 dan betapa menjunamnya sokongan rakyat Kedah terhadap PH.

Jika 14-1 belum cukup buat mereka serik, tenung jumlah undi yang hilang di setiap Parlimen:

PRU14 (DUN)
PH 18 kerusi
PAS 15 kerusi
Umno 3 kerusi

PR14 (Parlimen)
PH 10 kerusi
PAS 3 kerusi
BN 2 kerusi

PRU15
PN 14 kerusi
PH 1 kerusi

Saifuddin sebut,

Bandar Baharu, Sungai Tiang, Lunas, Kulim, Bukit Selambau, Sidam, Bakar Arang, Gurun, Suka Menanti, Alor Mengkudu, Kubang Rotan, Pangkalan Kundur.

DUN yang Saifuddin senarai semuanya berada dalam Parlimen yang PN menang kecuali Sungai Petani untuk Bakar Arang dan Sidam.

Pun begitu, PH menang di Sungai Petani dengan majoriti 1,115 undi sahaja.

Hakikatnya hampir semua undi kepada PN di semua 15 Parlimen meningkat lebih 2 kali ganda, ada yang 3 bahkan ada sehingga 5 kali ganda!

PN menang dengan majoriti antara 10,000 ke 30,000!

Kenapa rakyat Kedah tak akan suka Saifuddin?

1. Beliau tuduh anak muda yang sokong PN tak belajar tinggi.

“Mana hat pelajaran tak berapa tinggi, pendapatan tak berapa tetap, naik motor sana sini bagi undi kepada PN.”

Inikah pemimpin yang akan disayangi rakyat Kedah setelah mengguris hati anak muda yang sayangkan negara ini?

2. Tarik balik rayuan kerajaan dalam isu penggunaan kalimah Allah.

3. Ditolak orang Kulim-Bandar Baharu, kalah teruk oleh PN dengan majoriti 13,061 undi.

Selain jumlah undi beliau menurun daripada 23,159 kepada 21,408, PN beri saingan sengit dengan menambah jumlah undi daripada 12,885 (PRU-14) kepada 34,469 (PRU-15).

4. Menipu mahasiswa di UUM mengenai projek KXP dan peruntukan Kerajaan Pusat kepada Kedah.

Saifuddin kata Sanusi kena turun sebab jadi kerajaan tak reti buat kerja, antaranya tak selesai masalah air sibuk nak buat lapangan terbang.

Di UUM, Saifuddin akui Kedah terima peruntukan antaranya untuk projek LRA yang mana untuk atasi masalah air di Kedah.

Projek yang baru lulus tahun 2021 itu berlaku pada zaman YAB Sanusi.

5. 2 kali jadi Menteri masih tak popular dalam kalangan rakyat, kalah dalam pemilihan parti malah ditolak dengan amat dahsyat di Kedah.

Dengan semua prestasi buruk ini, bak kata YAB Dato’ Sri Sanusi, “angan-angan itu percuma”.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 10/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -