Siapa yang percaya dakwaan dibuat beliau?

- Advertisement -

BELIAU pernah mendakwa PAS tiada himpunan besar menjelang PRU15 yang lepas kerana bimbang dak dapat kehadiran yang ramai, sedangkan PAS seringkali mengadakan himpunan di serata negara menjelang PRU15 yang lepas.

Beliau juga mendakwa PAS dan PERIKATAN NASIONAL akan kalah teruk dalam PRU15 yang lepas, namun realitinya PERIKATAN NASIONAL mencatat kebangkitan sehingga digelar sebagai ‘green wave’ padahal ia adalah gelombang rakyat.

Beliau juga menjelang PRU yang lepas mentohmah Menteri Alam Sekitar kononnya menganugerahkan tender runding, sampai sekarang entah ke mana dakwaannya itu. Siasat pun tidak, dakwa jauh sekali.

Nah sekarang, apabila beliau mendakwa sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL semakin reda, dan PH-BN semakin selesa, kita baca sahajalah. 

Penyokong PH-BN tak perlulah susah-susah balik mengundi, anda dah selesa di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

Biarkan pengundi PERIKATAN NASIONAL sahaja yang keluar mengundi, dan anda tunggu untuk menabalkan kerajaan negeri baru.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 4/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -