TERNAMPAK siaran bicara Adam Adli dengan Young Safura mengaku kata mak ayah dia orang PAS. Dulu dia dua orang sokong PAS tapi masa zaman Ustaz Fadzil dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) saja. Selepas itu PAS dah banyak berubah.
Soalan pertama, masa Ustaz Fadzil ada, dua-dua ini umur berapa? Tahun lahir keduanya ialah 1989 tahun pertama Ustaz Fadzil jadi Presiden. Masa PAS menang Terengganu 1999, umur baru 10 tahun. Ustaz Fadzil Noor meninggal tahun 2002, umur baru 13 tahun. Dah layak jadi ahli PAS ke? Kemudian apa sumbangan kepada PAS?
Soalan kedua kuasa eksekutif dalam PAS ialah Presiden dan dipilih perwakilan dalam muktamar. TGNA tak pernah jadi Presiden PAS, tetapi jadi Mursyidul Am yang dilantik. Sepanjang hayat TGNA dia menyokong penuh Presiden. Sehinggakan TGNA pernah kata kepada DAP boleh keluar Pakatan kalau mahu tolak hudud.
Daripada kau dua kata PAS dah banyak berubah selepas TGNA, baik kau kata DAP sudah berubah makin parah lepas Karpal mati.
Umur tak baligh lagi, organisasi pun tak faham, sejarah pun lupa, lagi mahu kelentong?
Zahid dah kau masukkan dalam penjara ke tak lagi? Kelentong lama tak habis lagi, buat kelentong baru pula?
MOHD NASIR ABDULLAH
4 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 4/7/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Nak kelentong pun agak-agaklah
- Advertisement -