Perarakan LGBTQ di Istanbul: 50 ditangkap

Polis menyekat penunjuk perasaan semasa perarakan Pride LGBTQ di Istanbul, Turkiye pada 25 Jun 2023. (FOTO: AP)
- Advertisement -

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 50 orang telah ditangkap di ibu negara Turkiye selepas mereka melanggar larangan menyertai perarakan LGBTQ dikenali dengan istilah Pride itu.

Dalam kejadian pada Ahad (25 Jun), waktu tempatan itu, aktivis LGBTQ yang berkumpul di meraikan perarakan Pride itu juga memprotes pendirian tegas Presiden Recep Tayyip Erdogan terhadap hak dan kebebasan LGBTQ di negara itu, lapor New York Times.

Erdogan, yang memenangi pemilihan semula dalam pusingan akhir bulan lalu, bersama Parti AK negara itu, yang berakar umbi Islam, dan sebelum ini menuduh pembangkangnya sebagai ‘Pro-LGBT’.

- Advertisement -

“Kami menentang LGBT,” tegas Erdogan dalam satu perhimpunan kempen sebelum pilihan raya Turkiye pada bulan lalu.  

Perhimpunan Pride terbaharu itu telah bertempur dengan pasukan  polis yang lengkap dengan  peralatan rusuhan menghalang akses ke Istiklal Avenue, tempat perarakan LGBTQ secara tradisinya diadakan setiap tahun diadakan biarpun akhirnya mereka yang terlibat ditahan polis.

Dalam kejadian itu juga, polis menghalang orang ramai daripada memasuki Dataran Taksim dan jalan-jalan di sekitarnya, dan  bertindak sehingga menggantung pengangkutan awam.

“Tidak berputus asa, aktivis LGBTQ Turkiye itu membawa sepanduk bendera pelangi dan transgender mereka ke Taman Mistik, berarak melalui jalan-jalan di daerah Sisli di bandar itu dan melaungkan slogan ketika penganjur membaca kenyataan minggu Pride di dataran, berhampiran bendera pelangi yang besar, sejurus mereka diserbu polis.

Turkiye telah mengharamkan perhimpunan dan perarakan Pride sejak 2015, dan bermula tahun itu, berpuluh-puluh orang telah ditangkap setiap tahun semasa meraikannya. – HARAKAHDAILY 26/6/2023

- Advertisement -