Dua cadangan untuk diambil tindakan oleh Rafizi

- Advertisement -

MENTERI Ekonomi berkata, pembangkang diminta berikan cadangan untuk penambahbaikan kepada kerajaan, bukan hanya buat konvoi motosikal. 

Jawapan saya, konvoi motosikal itu ialah manifestasi kebangkitan orang muda yang meluat dengan kerajaan yang ada. 

Jika mahukan cadangan, saya berikan dua cadangan terlebih dahulu:

1. Berikan persepsi yang baik kepada pelabur luar bahawa kerajaan serius untuk tidak bertolak ansur dengan perbuatan rasuah dan pecah amanah. 

Langkah paling penting ialah, gugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada seorang individu yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah. Bukan satu kes, tetapi 47 kes. 

Pilih mana-mana Ahli Parlimen yang bersih dan jika perlu daripada Umno atau BN, masih ramai lagi yang tidak hadapi pertuduhan di mahkamah.

2. Lantik Menteri Kewangan yang boleh fokus kepada tugasannya. Inilah yang diperjuangkan sendiri oleh Pakatan Harapan sebelum ini bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mestilah orang yang berasingan ke arah mewujudkan ‘good governance’ yang berkesan.

Tapi saya yakin, kedua-dua cadangan di atas tidak akan diterima. 

Jadi kepada rakyat, tolak sahaja kerajaan ini dalam PRN yang akan datang.

YB AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas
22 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -