Assabiqun tarik rakan sebaya, anak muda sokong PN

- Advertisement -

KUANTAN: Golongan veteran PAS atau assabiqun berperanan menyantuni rakan sebaya dan anak-anak muda yang memberikan natijah dan hasil yang baik daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata sumbangan sangat besar dengan gerak kerja yang tersusun telah mendapat sokongan daripada anak-anak muda kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Tidak dinafikan sumbangan mereka yang sangat besar dengan gerak kerja yang tersusun telah mendapat sokongan yang lebih besar dari kalangan anak-anak muda.

“Kita juga memerlukan para As-Sabiqun, As-Sabiqat untuk memandu kita untuk memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam beberapa perkara. Maka inilah peranan assabiqun, assabiqat supaya mereka boleh bergerak seiring dengan kita,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Beserah menyatakan demikian pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Pilihan Raya Negeri (PRN) Tawan Selangor anjuran Sidang As-Sabiqun Indera Mahkota di Sungai Karang, kelmarin.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar, Pengerusi As-Sabiqun negeri dan kawasan Ustaz Ismail Muhammad dan Jamir Senir serta Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor. 

Andansura berkata, usaha melalui program itu dapat membantu menampung sebahagian keperluan perbelanjaan para petugas assabiqun kawasan pada PRN di Selangor nanti.

“Alhamdulillah usaha yang dilaksanakan oleh Sidang As-Sabiqun pada malam ini sangat membantu kita untuk menampung sebahagian keperluan bagi menggerakan aktiviti dan tugas kita di Selangor nanti.

“Biar orang muda di sana melihat orang lama berfungsi dan berperanan dengan baik dalam masyarakat, secara tidak langsung dapat mempengaruhi undi dan sokongan mereka,” ujarnya lagi.

Beliau seterusnya mengharapkan agar jentera pilihan raya kawasan pada PRN Selangor dapat menjalankan tugas dengan baik dan pulang dengan kemenangan kepada PN. – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -