PAS terima 20,000 permohonan ahli baharu dalam 5 bulan

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS dan Bersatu kini menjadi pilihan rakyat Malaysia selepas kerajaan PH-BN dilihat tiada hala tuju yang jelas bagi meringankan beban kehidupan rakyat.

- Advertisement -

Malah kerajaan PH-BN juga sibuk menggunakan kuasa politik yang ada menekan pembangkang termasuk menafikan peruntukan kepada ahli parlimen bukan penyokong kerajaan.

Kemelut yang dibiarkan berlaku itu menyebabkan rakyat semakin muak dan mencari wadah baru politik baharu yang lebih konsisten berjuang untuk mereka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dalam tempoh lima bulan tahun ini PAS menerima hampir 20,000 permohonan keahlian baharu.

“Dalam tempoh dua bulan PAS meluluskan lebih 3,000 keahlian baharu termasuk melibatkan bekas pemimpin dan ahli Umno,” katanya pada ceramah Jelajah Pertahan di Dataran Stadium Sultan Muhamma IV malam tadi.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden Dato’ Mohd Amar Abdullah, bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Bersatu Kelantan Dato’ Kamaruddin Mohd Nor dan pimpinan PAS negeri.

Pada majlis itu Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar menyarungkan vest warna hijau berlogo Ppakat Pertahan Kelantan kepada Annuar.

Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata, ketika Annuar mendedahkan kepincangan Umno pada ceramah di Senawang Negeri Sembilan malam semalam, ramai rakannya menyatakan minat menyertai PAS.

Katanya, selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menyampaikan ucapan rakannya seorang pegawai tertera turut mengumumkan mahu menyertai PAS. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -