Peluang PN lebar pengaruh di negeri PH makin cerah

Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin
- Advertisement -

KANGAR: Peluang Perikatan Nasional (PN) memperluaskan pengaruh di tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi semakin cerah.

- Advertisement -

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin berkata, PN sekarang turut disertai bekas-bekas pemimpin kanan Umno yang dipecat daripada parti itu.

Sedangkan katanya suatu ketika dahulu mereka menjadi tonggak utama kepada Umno.

“Mereka kini memilih PN, logiknya kita yakin mereka amat membantu dan memberi kesan kepada PN untuk menambah kekuatan.

“Kemungkinan tidak dapat ditolak dengan momentum tersebut. PN boleh kuasai dua negeri lagi yakni bertambah daripada empat negeri yang diterajui sekarang,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun kata beliau perkara utama yang perlu diterap setiap pendukung iaitu pertolongan Allah kerana Dialah yang boleh merubah hati manusia.

Menurutnya juga orang ramai menerima PAS kerana melihat keupayaan parti itu memiliki markas di mana sahaja, di samping mengadakan kelas pengajian agama dan pendidikan Islam untuk anak-anak.

“Jadi kita kena terus bekerja kerana Allah yang boleh mengubah hati manusia. Lebih-lebih lagi pengaruh PAS dan PN semakin meluas menyebabkan ramai yang berminat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

Ikuti temu bual lanjut dalam Harakah cetak edisi Jumaat ini.

- Advertisement -