Belum ada dasar jadikan nuklear jana kuasa elektrik

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum mempunyai dasar atau cadangan menjadikan nuklear untuk penjanaan kuasa elektrik di Malaysia.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, kepakaran dalam teknologi itu dikekalkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang berperanan sebagai institusi penyelidikan utama negara dalam bidang sains dan aplikasi teknologi nuklear.

Demikian jawapan bertulis MOSTI kepada soalan Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin [PN-Jerantut] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Khairil Nizam dalam soalannya meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perincian pihak Kementerian mengenai status terkini rancangan membina Loji Janakuasa Menggunakan Tenaga Nuklear di Malaysia.

Menurut MOSTI, Nuklear Malaysia mempunyai keupayaan infrastruktur dan kepakaran sumber manusia bagi memanfaatkan faedah teknologi nuklear dalam pelbagai bidang termasuk makanan dan pertanian, pembuatan dan perindustrian, perubatan dan penjagaan kesihatan, keselamatan, sekuriti dan kawal selia nuklear serta alam sekitar. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -