Anwar pimpin ‘Kerajaan Scammer’ lakukan penipuan

- Advertisement -

TANJONG KARANG: Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai Kerajaan ‘Scammer’ kerana telah melakukan banyak penipuan sejak pemerintahan campuran PH-BN itu.

Ketua Ulamak PAS Negeri Selangor, Dr Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin menyenaraikan penipuan tersebut pada Jelajah Selangor Baharu di Kompleks PAS Tanjong Karang, di sini malam tadi.

Antaranya sebelum ini PAS difitnah mengambil dana judi, tuduhan yang dibidas beliau sebagai tidak munasabah kerana tindakan kerajaan negeri pimpinan PAS menutup premis judi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Kita dikejutkan dengan jawapan di Parlimen, Menteri Undang-undang, Dato’ Seri Azalina Othman memberi jawapan bertulis daripada soalan MP Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari adakah benar bahawa PRU15 lalu PN menggunakan dana judi?

“Maka ketika itu diberikan oleh Menteri mereka sendiri menyatakan SPRM tiada membuka siasatan dan terlampau umum dan tiada asas PERIKATAN NASIONAL (PN) terlibat dengan judi ataupun terlibat dengan dana daripada syarikat-syarikat judi,” ulanginya.

Tempelak beliau, tuduhan fitnah dan penipuan juga dilakukan ‘Kerajaan Scammer’ dengan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeleweng RM600 bilion yang kemudian angka itu berubah-ubah.

Begitu juga katanya, penafian kononnya antara Anwar dan Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tiada sebarang pakatan, sebaliknya pasca-PRU15 keduanya membentuk kerajaan bersama.

Termasuk dibidas Dr Zamri sebagai penipuan oleh ‘Kerajaan Scammer’ adalah janji menurunkan harga petrol, harga barangan harian, lantikan jawatan Menteri Kewangan, lantikan-lantikan politik serta pengampunan Anwar.

Scam tak scam, saya simpulkan bahawa rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia umumnya, tak mahu sebuah ‘Kerajaan Scammer’. Kita mengingatkan ‘Kerajaan Scammer’ supaya tidak boleh langsung bertapak.

“Seluruh kerajaan ataupun rakyat di negeri Selangor menolak sebuah kerajaan penipu, pengkhianat dan ‘scammer’,” ujarnya dihadapan puluhan ribu hadirin pada majlis itu. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -