Kontrak: Tidak semak semula untuk dilantik ke jawatan tetap

Wan Razali Wan Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula tempoh perkhidmatan pegawai lantikan kontrak untuk dilantik ke jawatan tetap, ataupun mana-mana dasar pengambilan pekerja kontrak.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, dasar semasa lantikan dan pengisian ke dalam perkhidmatan awam memfokuskan kepada penggunaan sumber manusia secara optimum bagi mengurangkan perbelanjaan Kerajaan.

Menurutnya, Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1 – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam menerapkan tiada pewujudan jawatan baharu serta pengisian jawatan terkawal.

Wan Razali dalam soalnnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyemak semula tempoh untuk dilantik perjawatan tetap bagi kakitangan kontrak daripada tempoh antara 10-15 tahun kepada tempoh yang lebih singkat. – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -