Kerajaan digesa jaga kesucian teks al-Quran

Ahmad Tarmizi Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Teks al-Quran bukan sahaja perlu dijaga dan dipelihara tetapi juga dipelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan, namun kerajaan digesa agar menjaga kesuciannya.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang memetik kata-kata pengasas Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna berkata bahawa al-Quran adalah sumber perlembagaan yang lengkap dan penuh dengan segala kebaikan.

- Advertisement -

“Saya menyokong penuh dengan kekuasaan yang diberikan kepada lembaga pengawalan dan perlesenan pencetakan al-Quran,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran 2023  di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Namun begitu, beliau turut mempersoalkan apakah langkah yang kerajaan akan lakukan untuk menghalang teks-teks al-Quran palsu dan mempunyai unsur yang menyesatkan.

“Ajaran-ajaran sesat seperti Bathiniyah, Ahmadiyyah dan seumpamanya yang sebelum ini berlegar dalam masyarakat kita, dan kerajaan perlu ambil perhatian,” katanya.

“Kerajaan perlu mempunyai langkah yang betul bagi menghadapi isu-isu tersebut bagi menjaga kesucian teks-teks al-Quran,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -