Bunuh diri: Rawatan efektif diperlukan

Nyahjenayah kesalahan

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemeliharaan nyawa merupakan perkara yang kedua terpenting selepas penjagaan agama dalam maqasid syariah.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menyatakan bahawa sekalipun kerajaan menyahjenayahkan kesalahan bunuh diri, namun penyediaan rawatan yang efektif adalah diperlukan bagi menangani masalah tersebut.

- Advertisement -

“Adakah dengan cara menyahjenayahkan kesalahan tersebut, ia dapat mengurangkan kes cubaan membunuh diri?” kata beliau dalam ketika perbahasan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Che Muhammad menegaskan beliau tidak boleh untuk bersetuju dengan langkah tersebut kerana ia akan menimbulkan persoalan seperti proses pemulihan dan kesihatan mental.

“Oleh sebab itu, ada sahaja kes melibatkan cubaan membunuh diri, ia terus dinyatakan sebagai sakit mental semata-mata, ini merupakan satu tindakan tidak wajar kita lakukan.

“Bagi saya, mahkamah boleh menentukan pelbagai lagi hukuman yang sewajarnya dalam menangani kes tersebut dan tidak semestinya melalui hukuman penjara sahaja,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -