Tiada perkara baharu pengumuman PM di Kelantan

Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

TIADA perkara baharu dalam pengumuman perdana menteri di Kelantan, sekadar mengesahkan apa yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini khususnya berkaitan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang, Tebatan Banjir di Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1, 2 dan 3 serta beberapa pembinaan lebuh raya yang memang telah diumumkan sebelum ini.

- Advertisement -

Pengumuman tersebut sekali gus mengesahkan apa yang telah dirangsang oleh kerajaan sebelum ini adalah tepat dan berjalan mengikut prosidur yang betul.

Saya secara peribadi menyambut baik pengumuman itu bagi menyegerakan infrastruktur air di Kelantan kerana ia telah dirancang lama sebelum ini dan ia adalah langkah penyelesaian total masalah air di negeri itu dan Sabah.

Namun apa yang penting projek sumber air seperti pembinaan TAPS, empangan, barrage merupakan geran Persekutuan kepada negeri sebagaimana Empangan Mengkuang di Pulau Pinang, penyaluran air Pahang ke Selangor dan lainnya.

Kita harap ia dilaksanakan segera kerana Kelantan antara negeri terawal menandatangani migrasi dengan Kerajaan Persekutuan. Ianya juga adalah sebahagian daripada kebaikan migrasi bekalan air kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan, melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selain hapus kira hutang bekalan air luar bandar.

Apa yang penting ialah meletakkan keutamaan kepada keperluan rakyat tanpa mengira fahaman politik dan menyegerakan sesuatu projek bagi mengelak bencana yang lebih besar dan kerugian seperti petaka banjir, hakisan pantai serta bencana akibat perubahan iklim.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Mantan Menteri KASA – HARAKAHDAILY 15/5/2023

Projek TAPS RM1.3 bilion selesaikan masalah air Kelantan
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/201946

- Advertisement -