Soalnya kenapa?

- Advertisement -

SEBAB apa payah mahu diberikan hak yang sudah termaktub kepada yang sepatutnya? Kenapa janji dibiarkan berlalu tanpa usaha untuk menunaikan?

Bagaimana kita sanggup melihat sebuah negeri yang mempunyai bangsa sendiri teramai, terkapai-kapai tanpa dilunaskan duit yang dijanji?

Adakah puas melihat anak bangsa tertindas?

Mengapa menyerang negeri yang mempunyai umat Islam teramai? Apakah tiada langsung dalam hati akan rasa takut kepada Allah?

Inikah bezanya perangai yang dahulu yang ditentang, tetapi sekarang diikuti? Hilangkah rasa malu, maka perangai membuli ini dilakukan?

Sunnah manakah yang diikut? Kitab manakah yang dibuat petunjuk?

Tidakkah terfikir di akal yang negeri ini dan negeri satu lagi tiada pernah ada penyelewengan semenjak dahulu mentadbir, tetapi dihukum sebegini?

Sikap seorang mukminkah atau seorang munafikkah jika janji dipungkiri?

Akan dapatkah kita kembali bertemu Allah dalam keadaan Dia redha kepada kita?

Hidup di dunia ini tidak lama, apatah lagi jika sudah tiga suku abad umurnya. Sudah lima tahun umur bonus yang Allah berikan, tetapi masih belum sedar. 

Jangan memilih untuk mati dalam kehinaan. Jangan memilih untuk membuat sesuatu yang berdosa dan akan jadi ikutan kerana nanti, dosa itu akan dikira atas kita kerana kita yang melakukannya.

Kalahlah secara bermaruah. Rakyat Terengganu mahukan kerajaan yang mereka tahu baik pentadbirannya, bukan penipu, bukan pemfitnah, semua janji sudah ditunaikan dan tidak menyeleweng. Bukalah minda, laksanakan apa yang diucapkan, kalau benar ada lagi secubit iman di hati. Ia lebih mulia di sisi Allah.

MOHD NASIR ABDULLAH
14 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 14/5/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -

- Advertisement -