Ahli akademik Islam di Sepanyol hadapi diskriminasi

Sebahagian daripada ribuan orang awam yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan aman menyokong rakyat Palestin di Dataran Puerta del Sol, Madrid, Sepanyol pada 15 Mei 2021. (FOTO: REUTERS/Juan Medina)
- Advertisement -

MADRID: Ahli akademik Sepanyol yang memeluk Islam menyembunyikan bahawa mereka  sebenarnya beragama Islam supaya kerjaya mereka di negara itu tidak terjejas.

Seorang ahli akademik yang bekerja dalam bidang hubungan antarabangsa yang mahu dikenali sebagai Luci Hurtado memberitahu Anadolu Agency pada Khamis (11 Mei), diskriminasi terhadap ahli akademik Islam berlaky di universiti-universiti di Sepanyol.

- Advertisement -

Hurtado yang beragama Katolik sebelum memeluk agama Islam pada tahun 2010 berkata, dia memutuskan menjadi seorang Muslim selepas gagal mendapat jawapan yang logik daripada orang-orang di sekelilingnya tentang agama Kristian.

“Saya menemui tentang kebenaran agama Islam semasa meneliti sejarah Sepanyol dalam usaha untuk membersihkan fikiran saya.

“Keputusan untuk menjadi seorang Muslim adalah satu langkah besar kerana dia tahu dia. akan dipulaukan oleh kalangan pergaulan sosialnya selepas saya menukar agama menjadi penganut Islam,” kongsinya.

Hurtado berkata dia menghadapi reaksi dan diskriminasi yang kuat apabila dia memberitahu keluarga dan rakan-rakan rapatnya bahawa dia kini seorang Muslim, sambil menambah bapanya menolak keputusannya untuk memeluk Islam.

“Saya menyertai komuniti yang diasaskan oleh orang Sepanyol Islam untuk berkawan apabila saya  diketepikan daripada kalangan sosial saya sebelum saya menjadi Muslim. Individu lain yang sama seperti saya  juga mengadu didiskriminasi oleh masyarakat mereka sendiri di Sepanyol,” jelasnya lagi..

Tambah Hurtado, dia memperoleh ijazah kedoktoran dalam hubungan antarabangsa di salah sebuah universiti berprestij di Sepanyol pada 2011 dan dia tidak didiskriminasi kerana dia tidak bertudung pada masa itu, tetapi orang Sepanyol Islam di sekelilingnya dikecualikan daripada pencapaian akademik itu.

“Ahli akademik Sepanyol yang beragama Islam lebih tertekan oleh diskriminasi berbanding  ahli akademik Islam yang datang dari negara asing.

“Tekanan bermula sebelum anda memasuki kehidupan akademik. Mereka menyelidik anda untuk masa yang lama semasa permohonan. 

“Ini bukan perkara prosedur. Profesor jabatan memanggil profesor anda di universiti tempat anda berasal dan menyiasat sama ada anda seorang Muslim atau seorang yang ‘radikal’. Jika ternyata anda seorang Islam, anda tidak diterima masuk ke dalam akademik. Jika anda bertanya kepada orang yang melakukan ini, mereka menafikannya kerana apa yang mereka lakukan adalah haram,” dedahnya lagi.

Hurtado menyatakan bahawa ahli akademik Sepanyol yang didapati beragama Islam telah dicop sebagai ‘pengkhianat yang mengkhianati negara mereka’.

Beliau berkata pensyarah Sepanyol yang beragama Islam juga menghadapi kesukaran untuk memohon ke universiti lain.

“Tiada ahli akademik Sepanyol yang memilih untuk menjadi seorang Muslim akan menjawab soalan yang anda ajukan kepada saya kerana mereka takut didera dan didedahkan. 

“Universiti yang kita mohon akan melihat agama kita lebih daripada pencapaian kerjaya akademik. Jika ternyata kita beragama Islam , kredibiliti artikel, analisis dan penyelidikan kami akan dipersoalkan,” tambahnya.

“Penasihat tesis tidak lantang menentang isu ‘buli akademik’ walaupun mereka menganggap ini  sesuatu yang salah, sambil menambah keperluan yang dirasakan oleh orang Sepanyol Islam untuk menyembunyikan agama mereka telah menyebabkan mereka mengalami tekanan dan masalah psikologi,” katanya. 

Terdahulu, Setiausaha Suruhanjaya Islam Sepanyol berkata bahawa penduduk Islam yang tinggal di Sepanyol telah meningkat 10 kali ganda dalam tempoh 30 tahun terakhir, melebihi 2.5 juta berbanding populasi negara itu yang berjumlah 46.8 juta. – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -