Pertempuran dalaman PH-BN Terengganu

Pembahagian kerusi menjelang PRN

- Advertisement -

PH-BN Terengganu masih dalam keadaan tidak tentu arah. Pertembungan dan pertempuran dalaman PH-BN semakin membarah. 

Beberapa hari lepas keluar berita akar umbi BN Terengganu protes dan tidak akan bantu calon PH. 

Disebutkan PH mahu 12 kerusi dan BN pula mahu bertanding lebih daripada 20 kerusi. Akhirnya akar umbi BN protes dan tak mahu bantu PH. 

PH Terengganu pula, baru keluar kenyataan meminta semua pihak untuk bertenang dan bersabar. 

Ertinya PH-BN sedang dalam keadaan tidak tenang dan tidak dapat bersabar. Oleh itu seruan bertenang dan bersabar terpaksa dikeluarkan.

Berbeza dengan PAS Terengganu, dalam keadaan PH-BN berkecamuk, PAS Terengganu telah lancarkan serangan dengan mengumumkan 2 manifesto daripada 10 manifesto PRN. 

Dr Samsuri bagi tahu, manifesto PAS Terengganu pada kali ini merupakan fasa berikutnya selepas 20 manifesto PRU14 telah berjaya ditunaikan. 

2 daripada 10 tawaran manifesto utama iaitu:

Pertama, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal secara Qardul Hasan (tanpa riba) untuk kerjaya anak muda, maksimum RM4,000.

Kedua, menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 untuk setiap kematian.

Pada PRU14 lalu PAS Terengganu telah tawarkan dan laksanakan lesen motosikal percuma kepada anak muda. 

Lesen dah ada, motosikal macam mana? Maka PRN nanti ditawarkan pinjaman untuk beli motosikal pula. 

Alah manifesto bukan kitab suci. Itu di sisi PH bang. Di sisi PAS pula, kitab suci suruh tunai manifesto. Terbukti 20 manifesto telah terlaksana di Terengganu.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 10/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -