Google tamatkan khidmat kata kunci laluan

Teknologi yang telah dibangunkan oleh Google, Apple dan Microsoft sebagai sebahagian daripada ‘Fido’ bakal menggantikan fungsi kata kunci laluan sedia ada. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

LONDON: Google mengumumkan perkhidmatan kata kunci laluannya akan ditamatkan, dalam apa yang dilabelkan oleh syarikat gergasi teknologi itu sebagai ‘permulaan akhiran’ kepada teknologi berkenaan.

Mekanisme keselamatan baharu yang direka bentuk untuk menggantikan kata laluan sepenuhnya adalah dengan membenarkan pengesahan dengan ID (dokumen identiti) cap jari, ID muka atau pin pada telefon atau peranti yang  digunakan untuk pengesahan, lapor AFP.

- Advertisement -

“Kami telah mengambil langkah besar ke hadapan dalam perjalanan ke arah masa depan tanpa teknologi kata kunci laluan,” ujar kenyataan kata Google pada Khamis (4 Mei).

“Kami telah mula melancarkan sokongan untuk kunci laluan merentas Akaun Google pada semua platform utama. Ini bermakna pengguna kini boleh memanfaatkan kekunci laluan merentas Perkhidmatan Google untuk pengalaman log masuk tanpa kata laluan,” tambah kenyataan itu.

Google berkata pengguna kini boleh mengakses akaun mereka dengan pengesahan biometrik yang sama yang mereka gunakan untuk membuka kunci telefon.

“Kunci laluan boleh dibuat untuk setiap peranti yang digunakan, atau satu kunci boleh dikongsi merentas berbilang peranti menggunakan apl. Setiap satu adalah unik untuk perkhidmatan yang digunakan, bermakna jika satu akaun digodam, yang lain akan selamat,” ujar kenyataan itu lagi.

Teknologi berkenaan telah dibangunkan oleh Google, Apple dan Microsoft sebagai sebahagian daripada ‘Fido’ (atau Fast Identity Online), yang merupakan kumpulan industri yang mendorong kaedah pengesahan alternatif.

Apple telah memperkenalkan teknologi tersebut dalam iOS16 dan keluaran MacOS terkini, manakala Microsoft telah mula menggunakannya melalui aplikasui Pengesahnya.

Google berkata teknologi baharu itu menjadikan log masuk dalam mana-mana peranti lebih mudah digunakan dan lebih selamat berbanding kata kunci laluan.

Ia menambah bahawa kunci laluan menjadikan peranti kurang terdedah kepada penggodaman dan menghalang pancingan data, pertukaran SIM dan kaedah lain untuk mencuri kata laluan. 

“Data tidak pernah dikongsi, sebaliknya ia disimpan dalam kunci peribadi kriptografi pada peranti.

“Teknologi baharu yang dilanncarkan pada Hari Kata Laluan Sedunia (4 Mei)  masih di peringkat awal dan buat masa ini akan berterusan menawarkan kata laluan dan proses pengesahan dua  peringkat,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 5/5/2023

- Advertisement -