Pemansuhan hukuman mati mandatori perlu kaedah pampasan

Senator Abdul Nasir Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kaedah pampasan perlu diadakan dalam pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori bagi mendapatkan kemaafan daripada keluarga penerima hukuman berkenaaan.

Senator Abdul Nasir Idris berkata, dalam keadaan tertentu pengambilan nyawa seseorang itu diharuskan dalam kes-kes tertentu dengan syarat sah mengikut ketentuan syariah.

- Advertisement -

“Seperti (contohnya) hukuman bunuh ke atas pembunuh kecuali mendapat pengampunan waris dengan bayaran pampasan.

“Ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak semua hukuman bunuh adalah tetap, ia boleh berubah-ubah maksudnya walaupun ia asal hukuman bunuh tapi ia boleh dipinda atau diberikan pilihan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) pemansuhan hukuman mati mandatori 2023, di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Abdul Nasir turut bersetuju dengan pandangan ahli senator Dewan Negara  yang berpandangan sama, yang mana keluarga diberikan pampasan sebagai alternatif untuk menukar hukuman bunuh kepada hukuman penjara sepanjang hayat.

“Saya juga memohon kerajaan menjelaskan sama ada pindaan undang-undang baharu ini akan memberi kesan kepada banduan yang sudah diputuskan hukuman mati oleh mahkamah,” katanya.

- Advertisement -