Segera ganti Tanah Rizab Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri Semenanjung mendapat perhatian utama Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat.

Beliau bertanya sama ada Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan, hari ini.

- Advertisement -

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sehingga 31 Disember 2022, , secara keseluruhan semua negeri mencatatkan peningkatan Tanah Rizab Melayu.

“Keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu sehingga 31 Disember 2022 adalah 4,996,406.42 hektar.

“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.67 peratus berbanding 4,963,190.80 hektar pada tahun 2021,” katanya.

Namun begitu, Ismail berkata, sejak kebelakangan ini hak keistimewaan orang Melayu Islam dan Bumiputra semakin berani dicabar dan digugat.

“Saya ingin tahu, berapa banyakkah kerugian yang dialami oleh orang Melayu, kerajaan dan negara akibat kelewatan langkah tindakan bagi menggantikan semula tanah Rizab Melayu.

“Apakah kerajaan bercadang untuk membentangkan kertas putih kepada negara untuk menghalang dan menyelesaikan masalah ini kerana terdapat laporan yang diberikan bahawa tindakan penggantian Tanah Rizab Melayu agak perlahan dan perlu disegerakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -