Fokus penyelidikan perkara roma dalam masyarakat

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dicadang memberikan fokus penyelidikan kepada perkara menjadi roma di dalam masyarakat yang berpendapatan rendah.

Advertisement

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, penyelidikan itu dapat memberikan nilai tambah khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah.

“Walaupun kita tahu pada setiap kementerian lain mereka ada bajet untuk penyelidikan dan pembangunan (RnD) cuma bagaimanakah MOSTI dapat memberikan nilai tambah kepada penyelidikan khusus mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya minta bagaimana kita nak meningkatkan mutu pengeluaran getah, bagaimana kita nak meningkatkan kecepatan kematangan penanaman semula hutan.

“Bagaimana kita nak melahirkan benih-benih ikan sungai yang lebih kebal daripada kualiti air sungai yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap pihak MOSTI mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pihak kementerian yang lain bagi memastikan RnD itu berjaya dan dapat meningkatkan pendapatan untuk remaja atau anak muda di kawasan kampung. – HARAKAHDAILY 21/3/2023