Khidmat istimewa KDN kepada Umno

- Advertisement -

RAMAI daripada kita resah dengan tindakan Menteri Dalam Negeri (KDN) pada hari ini yang menggunakan kuasanya untuk memberi keistimewaan berbentuk pengecualian kepada Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Menurut Perlembagaan Umno, semua jawatan tertinggi dalam Umno termasuk Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipilih dalam mesyuarat Perwakilan Bahagian setiap tiga tahun.

Fasal 9.3 Perlembagaan Umno, “Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden yang dipilih, tiga (3) orang Naib Presiden dan dua puluh lima (25) orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.”

- Advertisement -

Persoalan yang paling besar ialah, apakah pertubuhan-pertubuhan lain juga akan diberikan keistimewaan serta pengecualian seperti ini? Atau ianya hanyalah layanan eksklusif Menteri KDN khusus untuk Umno yang kini menjadi rakan politik kepada PH.

Di manakah nilai demokrasi yang diperjuangkan oleh PH selama ini? Apakah parti-parti dalam PH serta penyokong PH pada hari ini telah membakul sampahkan perjuangan nilai demokrasi yang mereka junjung selama ini?

Persoalan ini menjadi semakin kontroversi apabila Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa pihaknya telah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan bahawa RoS menerima usul tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti sedangkan semalam Menteri KDN berkata beliau belum lagi melihat surat tersebut.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1072441/zahid-sahkan-ros-terima-resolusi-pau-tiada-pertandingan-jawatan

Apakah sekali lagi Presiden Umno melakukan penipuan secara terbuka?

Keadaan menjadi semakin mencurigakan apabila surat yang didakwa dikeluarkan RoS itu menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 iaitu menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, adalah tidak teratur, bercanggah dengan perlembagaan Umno dan tidak sah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1073543/saifuddin-perlu-jawab-isu-surat-ros-putuskan-usul-tambahan-umno

Ini adalah secara jelas memperlihatkan kepada kita satu pertembungan dasar negara antara RoS dan pihak Menteri di KDN.

Apakah masa depan pertubuhan-pertubuhan dalam negara selepas ini? Apakah lebih banyak pertubuhan yang akan menggunakan kes ini sebagai duluan dalam usaha-usaha pemimpin seperti mereka mengekalkan kuasa dalam pertubuhan secara diktator?

Secara umumnya, tindakan Umno yang menafikan pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ini adalah satu tindakan yang bacul, tidak demokratik dan tidak budiman. Lebih malang lagi, tindakan ini juga kini disokong oleh pimpinan PH melalui intervensi kuasa Menteri mereka. 

Ke manakah Malaysia Madani ini mahu pergi? Tepuk dada, tanya jiwa anda, wajarkah mereka terus mentadbir negara ini?

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah 
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -