Pengecualian pembatalan pendaftaran Umno

- Advertisement -

TERMA kuasa budi bicara menteri telah digunakan dalam mengecualikan Umno daripada mana-mana peruntukan di bawahnya sebagaimana diumumkan oleh Menteri KDN, Kerajaan Anwar-Zahid.

Ia bukanlah suatu yang mengejutkan tetapi bermotif dan berkepentingan.

Apakah hanya kerana Umno sebahagian daripada kerajaan dan klausa terhutang budi sehingga membentuk kerajaan, kuasa budi bicara ini diturunkan?

Kebimbangan adalah signifikan dengan kegentaran awam terhadap apa yang berlaku terutama melibatkan kuasa budi bicara yang tidak boleh digunakan secara wewenang oleh pihak yang berkuasa. 

Ia akan mewujudkan suasana tidak harmoni terhadap akta pertubuhan sebagai badan penyelaras dan terdedah dengan campur tangan menggunakan kuasa budi bicara menteri.

Atas kelebihan apa Umno diberikan budi bicara untuk tidak mematuhi akta pertubuhan?

Sudah terang, tidak lagi mahu saya menyuluhnya. Ibarat kaduk naik junjung dan ‘Wok Long jadi raja‘, semua perkara boleh sahaja asalkan untung kembali kepada mereka jua.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
15 Syaaban 1444 / 7 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -