Kerajaan tidak berhasrat turunkan harga petrol

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling semasa petrol ke paras yang lebih rendah.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Kewangan, ini memandangkan harga minyak mentah dunia masih menunjukkan trend tidak stabil berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.

“Ini bagi mengelakkan Kerajaan berterusan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh [PN-Pasir Puteh] pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Dr Nik Muhammad Zawawi menerusi soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah perancangan dan tindakan pihak Kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi minyak petrol atau penetapan semula harganya kepada RM 1.50/liter dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kata kemeterian itu lagi, bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -