Belanjawan 2023 hanya tukar nama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu, disifatkan tidak mempunyai sebarang pembaharuan.

Berdasarkan pemerhatian Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), belanjawan itu hanya mengulangi sebahagian besar daripada apa yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan kerajaan sebelum ini pada 7 Oktober tahun lalu.

- Advertisement -

“Hanya menukar kepada nama baharu dan beberapa Istilah Melayu, sesuai dengan latar belakang pendidikan Sastera Melayu.

“Mudahnya, tiada ‘wow’ dalam pembentangan belanjawan ini,” katanya semasa membahaskan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Latiff menyanjung tinggi ucapan Anwar (PH-Tambun) dalam belanjawan kali ini kerana melihat banyak petikan ayat al-Quran berbanding sebelum ini yang hanya mengambil mafhumnya.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan supaya ayat-ayat al-Quran yang dipetik Anwar dalam ucapannya dihayati dan dijadikan panduan dalam mentadbir negara. – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -