Tukar kerajaan: ‘Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami’

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Beliau membangkitkan perkara itu susulan berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, pengundi muda dan luar bandar menunjukkan protes kepada Barisan Nasional (BN) ketika PRU14 kerana kesilapannya dan menolak Pakatan Harapan (PH) kerana pembohongan janji dan manifestonya.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, mereka kemudiannya telah memberikan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

Justeru, katanya kejayaan menukar kerajaan bukan melalui tebuk atap tetapi atapnya bocor dan dinding kacanya yang berkecai.

Beliau menambah, selepas PRU15, parti-parti komponen PH mempunyai jumlah kerusi yang tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti kecil dan segala yang berpenyakit.

Ini, ujar beliau bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaannya yang bergelora sebagaimana yang disaksikan oleh rakyat.

“Kini, kebanyakan penduduk di luar bandar daripada orang Melayu dan bumiputera memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), serta parti Sarawak dan Sabah,” ujarnya semasa membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tam bahnya, adapun PH mendapat sokongan penduduk bandar dan kawasan campuran yang didukung oleh bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Justeru, ujar beliau tindakan kerajaan PH yang membelakangi kawasan PN, Sabah dan Sarawak tidak mampu mengubah keadaan.

“PN yang mengambil alih kerajaan dalam masa yang singkat ketika bencana wabak dapat menunjukkan sedikit perubahan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -