Konflik Laut China Selatan membimbangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mempertikaikan adakah negara mendapat manfaat daripada rundingan yang dilakukan antara kerajaan Malaysia dan China berhubung pelaksanaan Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan Kod Tata Laku (COC).

- Advertisement -

Beliau menyatakan kebimbangan berikutan media antarabangsa sebelum ini melaporkan berlaku konflik antara China dan Amerika Syarikat di Laut China Selatan.

“Apa yang berlaku di Laut China Selatan kebelakangan ini adalah satu point yang boleh menyebabkan konflik di rantau Asia ini.

“Adakah dasar menghormati kedaulatan pelaksanaan rundingan yang diungkapkan menteri tadi akan memberi manfaat kepada Malaysia, sejauh mana impaknya terhadap negara,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan soalan asalnya, beliau meminta kerajaan menyatakan apakah kerangka dasar luar Malaysia yang terkini mengambil kira perkembangan geopolitik semasa.

Sabtu lalu, stesen penyiaran CNN melaporkan jet pejuang China berdepan pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kru CNN di dalamnya ketika ketegangan memuncak di Laut China Selatan. – HARAKAHDAILY 27/2/23

- Advertisement -