Kebocoran makmal punca pandemik Covid-19 – WSJ

Sebuah kampus di Institut Virologi Wuhan di Wuhan, China yang dirakam pada tahun 2020. (FOTO: Hector Retamal/AFP/Getty Images)
- Advertisement -

WASHINGTON: Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE) didakwa mengesahkan bahawa kebocoran makmal berkemungkinan besar merupakan punca pandemik Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini.

- Advertisement -

Laporan risikan rahsia yang diberikan kepada Rumah Putih dan ahli utama Kongres berkata virus itu mungkin merebak disebabkan kemalangan di makmal China, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Ahad (26 Feb), waktu tempatan.

“DOE sebelum ini tidak membuat keputusan mengenai sumber virus itu, namun membuat kesimpulan terbaharu itu hasil risikan baharu, tetapi jabatan itu membuat pertimbangan itu  dengan ‘keyakinan rendah’,”  ujar sumber yang telah membaca laporan sulit itu, dedah WSJ lagi.

Maklumat tidak dinafi, tidak disahkan

Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan pada Ahad (26 Feb) bagaimanapun dalam ulasannya kepada CNN ketika diminta mengulas dakwaan laporan WSJ itu berkata bahawa tidak ada ‘jawapan muktamad’  kepada persoalan sama ada virus yang menyebabkan wabak Covid-19 merebak dari makmal di China.

“Terdapat pelbagai pandangan dalam komuniti perisikan, kata Sullivan, sambil menambah bahawa sebilangan daripada mereka (komuniti perisikan) mengatakan mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.

“Presiden, Joe Biden telah mengarahkan berulang kali agar setiap elemen komuniti perisikan kami untuk meletakkan usaha dan sumber yang sahih bagi menyelesaikan persoalan (mengenai punca Covidf-19 merebak)  ini. 

“Mengenai laporan Wall Street Journal itu, yang saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan, tetapi saya akan mengatakan rujukan kepada secara khusus Biden yang meminta supaya laporan makmal kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada DOE  dibawa ke dalam penilaian ini kerana beliau mahu menggunakan setiap sunber dan maklumat sebelum  dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” kata Sullivan.

Beliau menambah bahawa maklumat itu akan dikongsi dengan Kongres dan rakyat Amerika apabila ada jawapan yang pasti kelak. – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -