Tiga tebusan masih ditawan di Papua New Guinea

Gambar tidak bertarikh yang diedarkan KKB menunjukkan mereka di samping Philip Mark Mehrtens yang diculik di Paro, Papua New Guinea pada 7 Feb 2023. (FOTO: Sydney Morning Herald)
- Advertisement -

PAPUA NEW GUINEA: Seorang tebusan wanita yang merupakan salah seorang daripada empat individu yang diculik oleh kumpulan bersenjata di tanah tinggi terpencil Papua New Guinea, telah dibebaskan dan rundingan diteruskan untuk membebaskan baki tiga lagi tebusan.

- Advertisement -

Pesuruhjaya polis negara pulau Pasifik dalam kenyataannya pada Khamis (23 Feb) berkata, ketiga-tiga tawanan itu berada dalam keadaan sihat tetapi ditahan di kawasan sukar, yang mana komunikasi adalah mencabar sangat mencabar, lapor Reuters.

Terdahulu, sekumpulan penyelidik arkeologi, termasuk seorang profesor yang bekerja untuk sebuah universiti Australia, dua graduan universiti tempatan dan seorang penyelaras program telah dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata itu menuntut wang tebusan pada Ahad (19 Feb).

Profesor arkeologi (kanan) di luar kediamannya di kampung Fpgoma’iu, Papua New Guinea sebelum diculik 20 lelaki bersenjata pada 19 Feb 2023. (FOTO: Dailymail.co.uk)

Polis berkata pada Isnin (20 Feb) bahawa pasukan keselamatan khas melakukan perjalanan melalui udara ke kawasan itu dan akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan penjenayah itu jika perlu untuk membebaskan tebusan.

Identiti profesor berkenaan bagaimanapun dirahsiakan daripada laporan media atas sensitiviti keselamatan.

Profesor tersebut sebelum ini telah menetap di Fogoma’iu untuk menjalankan penyelidikan dan bekerjasama dengan penduduk kampung itu untuk mengkaji tentang sejarah dan budaya lokasi berkenaan yang telah wujud sejak lebih 50,000 tahun lalu.

Penculikan profesor itu berlaku selepas seorang warga asing kelahiran Christchurch, New Zealand, juruterbang syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air, Philip Mark Mehrtens diculik pada Selasa, 7 Feb lalu.

Peta Papua New Guinea menunjukkan lokasi profesor Australia diculik (kanan) dan lokasi juruterbang New Zealand yang ditawan selepas mendarat di Paro (kiri). (FOTO: Daily Mail.co.uk)

Sehubungan itu, kerajaan Indonesia dilaporkan sedang berusaha untuk menyelamatkan Mehrtens yang diculik Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat – dikenali sebagai KKB – yang merupakan sayap militan Gerakan Papua Merdeka (OPM).

Mehrtens diculik selepas dia mendaratkan pesawat kecil satu enjin di landasan udara di daerah terpencil, Paro, Papua Barat berhampiran pergunungan Nduga untuk mengambil 15 pekerja binaan yang sedang membina pusat kesihatan di situ, sebelum KKB yang diketuai Egianus Kogoya mengancam untuk membunuh mereka.

KKB turut mengedarkan gambar dan video Mehrtens sambil Kogoya berkata, penculikan tersebut untuk menjadikan lelaki itu sebagai tebusan bagi menuntut kemerdekaan Papua New Guinea – ‘bukan untuk makanan atau minuman’. – HARAKAHDAILY 23/2/2023

- Advertisement -