Tengok dulu hansard sebelum tuduh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, yang menafikan pernah membuat kenyataan bahawa Menu Rahmah menyebabkan kanser, meminta Ahli Parlimen Hulu Langat supaya melihat hansard sebelum membuat dakwaan itu.

- Advertisement -

Ini berikutan suasana panas selepas Dato’ Awang Hashim (PN-Pendang) ketika mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Dato’ Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai sejauh mana program Menu Rahmah dapat bertahan.

Kekecohan berlaku apabila Mohd Sany Hamzan turut mencelah dengan berkata: “Jangan jadi macam Kapar, dia cemburu buat cerita tak betul mengatakan Menu Rahmah menyebabkan orang kena kanser dan autisme.

“Sebab itu Kapar perlu tarik semula kenyataan itu, Kapar bawa fitnah dalam dewan yang mulia,” jeritnya menggamatkan Dewan Rakyat.

Dr Halimah ketika perbahasan pada 16 Februari lepas, langsung tidak menyatakan demikian. Suasana menjadi lebih gamat apabila Ahli Parlimen Parit Buntar, Petaling Jaya dan Sik juga membuat celahan.

“Periksa betul-betul ucapan saya tempoh hari dan terima dengan hati yang bersih, insya-Allah akan faham,” kata Dr Halimah.

Suasana gamat itu dihentikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul yang meminta Ahli Parlimen Padang Serai meneruskan ucapannya – HARAKAHDAILY 20/2/2023

- Advertisement -