Jangan kacau PETRONAS!

- Advertisement -

CADANGAN daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan PKR ini jelas berisiko tinggi untuk membantu PETRONAS menjadi lebih maju dan berdaya saing. 

PETRONAS adalah ‘Ayam Tambatan’ negara untuk menjana kekayaan dalam dan luar Malaysia. Hak milik 100 peratus ke atasnya melalui Kerajaan Malaysia wajib dipertahankan seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. 

Kalaupun mahu ‘cungkil’ potensi PETRONAS di pasaran saham – gunakanlah anak-anak syarikat yang telah sedia tersenarai di Bursa seperti PETRONAS Gas Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad dan lain-lain. 

Seperti ulasan Tan Sri Ramon Ravaratnam, cadangan ini membuka ruang untuk PETRONAS dimiliki pihak asing yang memungkinkan syarikat minyak negara ini hilang daripada kawalan kita satu masa nanti (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/02/17/privatising-petronas-will-lead-to-takeover-warns-ex-treasury-man/).    

Cukuplah pengajaran menyenaraikan aset FELDA melalui FGV oleh DS Najib Razak dahulu dengan menjualnya kepada kroni beliau Peter Sondakh daripada Eagle High sehingga jatuh rugi teruk saham, juga meninggalkan hutang yang perlu ditanggung oleh para peneroka FELDA yang kemudiannya ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri telah bantu hapuskan hutang tersebut. 

Ini cara berniaga Neoliberalisme – semua perkara nak dijarah melalui Pengswastaan yang tidak cermat. Kita tidak anti Pengswastaan tapi biarlah niat dan cara itu betul.

Saya akan bahas bagaimana kita dapat bantu PETRONAS menjadi lebih hebat dan berdaya saing dalam sesi Perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2023 pada awal Mac nanti. 

YB WAN AHMAD FAYHSAL
Ahli Parlimen Machang
Ketua Portfolio Antarabangsa
PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 17/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -