PH-BN sedang kuburkan kebebasan suara anak muda

- Advertisement -

MELIHAT perkembangan tekanan yang diberikan kepada Tiktoker yang sentiasa memberi pandangan bertentangan dengan pihak Kerajaan Campuran PHBN, ia merupakan satu perkembangan yang cukup jelas mematikan kebebasan bersuara yang selalu diperjuangkan ketika berada di posisi pembangkang.

Namun sebaliknya berlaku apabila kuasa sudah berada dalam genggaman, demi mempertahankan kuasa maka segala kuasa yang ada digunakan untuk menyekat suara bertentangan dengan pihak Kerajaan PHBN. 

Saya kira buli cyber yang berlaku dengan menyentuh sensitiviti individu dan juga penggunaan perkataan lucah terhadap pihak yang membawa fakta dalam penghujahan lebih perlu diberi perhatian berbanding dengan suara dan pendedahan yang memberi penentangan kepada pihak PHBN. 

Ia cukup memalukan negara, saya kira perkara ini memberi satu imej buruk di mata dunia yang sentiasa memerhatikan perkembangan Pemerintah Diktator yang dipelopori oleh PHBN. 

Zaman BN dan zaman PHBN diktatornya sama sahaja, sembang kari hangpa semua. Memalukan betul. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 14/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -