Korban cecah 35,000: Kanak-kanak terperangkap 160 jam hidup

Kanak-kanak berusia 11 tahun, Lena Maradini berjaya diselmatkan selepas terperangkap selama 160 jam di bawah runtuhan konkrit di Hatay, Turkiye pada 13 Feb 2023. (FOTO: Sabah Daily)
- Advertisement -

ANTAKYA, Turkiye – Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini melepasi 35,000 apabila hanya segelintir mangsa yang terselamat dikeluarkan dari runtuhan, lebih seminggu selepas bencana yang memusnahkan sebahagian besar kedua-dua buah negara.

- Advertisement -

Dalam pada itu, pekerja kecemasan menyelamatkan Lena Maradini yang berusia 11 tahun pada Ahad, waktu tempatan, yang telah terperangkap selama lebih 160 jam di bawah runtuhan konkrit bangunan berhampiran pusat gempa di Hatay, lapor Sabah Daily.

Sementara Reuters menerusi siaran video melaporkan bahawa seorang wanita, Naide Umay, turut diselamatkan dari runtuhan berhampiran selepas hampir 175 jam terperangkap.

Namun, ketika air mata kegembiraan dan tepukan menyambut Lena dan Umay ditarik dari runtuhan hidup-hidup, kematian membayangi kebanyakan operasi mencari apabila ramai penyelamat dan saudara-mara sudah berputus asa kerana tidak menemui sesiapa yang hidup di bawah runtuhan.

Agensi bencana Turkiye berkata pada Isnin bahawa lebih 31,500 telah direkodkan terbunuh di negara itu, sementara Kementerian Kesihatan Syria melaporkan hampir 1,400 kematian dan White Helmets, kumpulan penyelamat sukarelawan di wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu, melaporkan 2,100 lagi kematian.

Pekerja penyelamat tempatan di Turkiye telah disertai oleh berpuluh-puluh pasukan antarabangsa termasuk Malaysia, India dan Korea Selatan. 

Di bandar selatan Antakya, sukarelawan Switzerland, Asar Taratas, 39, memberitahu NBC News bahawa kumpulannya sedang bergelut untuk menangani jumlah mangsa yang masih terperangkap di bawah banyak bangunan yang runtuh di situ. – HARAKAHDAILY 13/2/2023

- Advertisement -