Teori menteri tidak menjadi, harga barang makin naik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pada 26 Disember lepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilapor mendakwa pembangkang akan terduduk dalam tempoh sebulan selepas rakyat memahami mekanisme kawalan harga.

- Advertisement -

“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya pada ciapan di Twitter.

Bagaimanapun selepas hampir dua bulan teori yang disebut Menteri Ekonomi tidak menjadi kenyataan, sebaliknya barangan keperluan harian semakin meningkat.

Malah ramai pengguna mengeluh memandangkan harga barangan keperluan harian semakin mahal sehingga membebankan penduduk berpendapatan rendah.

Rata-rata orang ramai yang ditemui melihat kerajaan sekarang gagal mengawal harga barangan keperluan sehingga berlaku peningkatan secara berterusan.

Norliza Mat Nor, 41, berkata, kerajaan perlu bertindak segera mengawal kenaikan harga barangan yang semakin meningkat sekarang.

Katanya, peningkatan harga barangan menyebabkan ramai rakyat terutamanya golongan B40 hidup tekanan.

“Kenaikan harga barang memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat terutama mereka yang mempunyai keluarga ramai sehingg ada yang terpaksa mencatu perbelanjaan harian.

“Perkara ini berlaku selepas pandemik Covid-19, namun kerajaan baharu belum mampu mengatasinya,” katanya.

Malah dalam keadaan sekarang ada penduduk yang terpaksa mencatu makanan dengan kata lain ‘mengikat perut’ demi memastikan perbelanjaan mereka mencukupi.

Pengusaha kek Surianu Mustafa, 31, pula memberitahu beliau terpaksa menaikkan sedikit harga jualan kerana menanggung kos teyang tinggi.

Katanya, bukan hanya harga telur sahaja yang naik sekarang, malah barangan keperluan lain juga meningkat.

“Saya sebagai penjual makanan amat terkesan dengan kanaikan harga barangan terutama telur. Kenaikan harga bahan mentah memberi kesan kepada produk yang dijual,” katanya ketika ditemui di sini. – HARAKAHDAILY 9/2/2023

- Advertisement -