PASIR MAS: Seramai 154 penduduk di Bukit Tandak Rantau Panjang menerima geran hak milik tanah yang melibatkan kawasan seluas 462 ekar.
Setiap penduduk terbabit menerima geran tanah seluas tiga ekar yang disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Menteri Besar berkata, kawasan Bukit Tandak dapat dijadikan pemangkin kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat melalui projek pertanian berkelompok.
Katanya projek terrsebut diadakan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan termasuk FELCRA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia.
“Alhamdulillah, kerajaan negeri hari ini menyerahkan surat hak milik tanah daripada tanah kerajaan kepada 154 penerima.
“Usahalah tanah tersebut supaya dapat memberi pulangan hasil yang bukan sahaja menjana ekonomi keluarga atau negeri tetapi kita dapat bangunkan ummah sehingga mampu mengeluarkan zakat,” katanya pada majlis penyampaian geran tersebut di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas hari ini.
Hadir sama Adun Gual Periok Datuk Muhamad Awang, ahli parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Jajahan Pasir Mas Hazmi Abdul Hamid. – HARAKAHDAILY 9/2/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!