Terengganu konsisten perkasa agenda dakwah

- Advertisement -

KEMAMAN: Kerajaan Negeri konsisten memperkasakan agenda dakwah kepada masyarakat dalam usaha membina rakyat yang berilmu.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pelbagai program berbentuk dakwah telah dirangka dan dilaksanakan sama ada di peringkat negeri mahupun daerah sepanjang Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS).

“Antara program yang sedang dijalankan sepanjang bulan Februari ialah Terengganu Hijab Day (THD) dan Street Dakwah.

“Program sebegini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan membangkitkan kesedaran tentang kewajipan menutup aurat dan menunaikan ibadat solat fardu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Dialog Jelajah Penerangan Peringkat Dun Kemasik semalam di Dewan Sivik Kerteh.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili. – TRDI.my

- Advertisement -