Sunak kritik transgender sertai acara sukan wanita

Rishi Sunak ketika muncul dalam program Talk TV di samping hos, Peirs Morgan (gambar kanan, bawah) susulan isu kontroversi transgender, Isla Bryson. (gambar kanan, atas). (FOTO: Daily Mail)
- Advertisement -

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berpendapat bahawa jantina semula jadi adalah elemen yang sangat penting dalam lumrah biologikal manusia, susulan kritikannya terhadap isu ‘ketidakadilan’ atlet transgender yang dibenarkan bertanding dalam acara sukan wanita.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hos program Talk TV, Peirs Morgan dan apabila Morgan memintanya memberikan definisi terhadap wanita, Sunak berkata: “Sudah tentu saya tahu apa itu (definisi) wanita. (Definisi) Wanita ialah manusia dewasa.”

Menjawab soalan lanjutan Morgan tentang isu atlet transgender bertanding dalam acara sukan wanita, Sunak menegaskan: “Saya rasa itu tidak  adil, bukan? Jadi, itulah sebabnya jawapan kepada soalan-soalan sebegini, bagi saya jantina semula jadi itu sangat penting.

“Sekarang, anda tahu, kita boleh dan akan mempunyai belas kasihan dan toleransi dan persefahaman untuk semua orang yang berfikir tentang peralihan dan menukar identiti atau jantina mereka.

“Tetapi anda tahu, bagi saya, apabila ia berkaitan sama ada seksualiti, ruang khusus untuk wanita, penjara, justeru jantina semula jadi adalah sangat penting.”

Terdahulu, kerajaan United Kingdom  berhadapan dengan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon yang berikrar untuk menghalang pembaharuan pengiktirafan jantina yang diluluskan oleh Holyrood daripada meneruskan untuk mendapatkan persetujuan diraja.

Rogol wanita sebelum jadi transgender

Isu itu menjadi hangat berikutan kes Isla Bryson – yang disabitkan kesalahan merogol dua wanita ketika jantinanya sebagai seorang lelaki bernama Adam Graham, namun kemudian menukar jantina, lapor metro.co.uk.

Bryson pada mulanya dibawa ke penjara Cornton Vale berhampiran Stirling – satu-satunya penjara  wanita di Scotland – selepas disabitkan kesalahan, sebelum dipindahkan ke penjara lelaki berikutan bantahan awam.

Sejak itu, Sturgeon dituduh golongan penyokong transgender bahawa beliau telah melanggar undang-undangnya sendiri dengan mencadangkan Bryson sebagai ‘bukan transgender yang tulen’.

Pemimpin Konservatif Scotland, Douglas Ross pada Khamis (2 Feb) mempersoalkan Sturgeon tentang kepercayaannya terhadap pengenalan diri individu transgender – proses yang  mana golongan itu tidak memerlukan diagnosis perubatan untuk mengenal pasti sebagai jantina yang berbeza dengan jantina kelahiran mereka.

Menjawab kepada soalan itu, Sturgeon menegaskan dengan berkata: “Individu ini (Isla Bryson) mendakwa sebagai seorang wanita – apa yang saya katakan ialah saya tidak mempunyai maklumat sama ada dakwaan tersebut mempunyai kesahihan atau tidak.

“Tetapi saya tidak fikir Douglas Ross dan saya tidak bersetuju di sini, kerana apa yang saya fikir relevan dalam kes ini bukanlah sama ada individu itu lelaki atau mendakwa sebagai wanita atau transgender, namun apa yang relevan ialah individu itu (Isla Bryson) merupakan seorang perogol.

“Begitulah bagaimana individu itu harus digambarkan, dan itulah yang harus menjadi pertimbangan utama dalam memutuskan bagaimana individu itu ditangani – itulah sebabnya individu itu berada di penjara lelaki, bukan di penjara wanita, ini adalah isu perkara itu,”

Terdahulu, MSP meluluskan Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina (Scotland) di Holyrood sebelum tahun baharu, tetapi ia kemudiannya disekat daripada menjadi undang-undang oleh Setiausaha Scotland,  Alister Jack menggunakan perintah Seksyen 35 yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Menteri UK telah berkata undang-undang itu boleh melanggar Akta Kesamaan seluruh negara sedia ada.

Rang undang-undang lulus

Sementara Sunak memberitahu Morgan bahawa  rang undang-undang yang telah diluluskan di Scotland.

“Saya fikir mempunyai implikasi sebenar untuk, bagaimana kita memikirkan isu-isu ini di seluruh UK dan interaksi antara perkara ini, terutamanya mengenai keselamatan golongan wanita,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata bahawa golongan wanita yang keluar pada waktu malam sepatutnya dan berhak berasa selamat.

“Kami tidak melakukan kerja yang cukup baik dengan itu pada masa lalu dan kami bekerja keras untuk memperbaiki keadaan tetapi ia adalah sesuatu yang saya harap saya boleh capai sebagai Perdana Menteri.

“Golongan wanita merasakan akan kepentingan perkara  itu kerana itulah yang kita semua berhutang kepada mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/2/2023

- Advertisement -