Umno sekali lagi dilanda krisis dalaman

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umno sekali lagi dijangka dilanda krisis dalaman ekoran pemecatan dan penggantungan ramai pemimpin dan ahli Umno secara besar-besaran.

Situasi itu dijangka menyebabkan parti itu kehilangan lebih banyak sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan drastik Presiden Umno, Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka ruang kepada penentangan dalaman dan protes secara senyap dalam parti itu.

“Kalau dilihat dari sudut politik, ia adalah satu usaha terdesak dibuat Presiden Umno untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat dalam parti.

“Sudah pasti apabila tindakan sebegitu dilakukan kesan besar sudah tentu mengakibatkan kehilangan pengaruh pada pilihan raya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2023 di sini semalam.

Media melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada mesyuarat baru-baru ini memecat ramai pemimpin Umno termasuk bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar. – HARAKAHDAILY 31/1/23

- Advertisement -