PH sayangkan Umno, tulus dari sudut hati yang paling dalam

- Advertisement -

ORANG PH sekarang ini, tak kisahpun kau nak kutuk nak kata nak hentam sama ada PKR ke, DAP ke, PAN ke. Asal jangan kau kata kat Zahid dan geng dia. Haa, yang ini dia orang datang mengamuk tembak kau balik, jangan main-main.

Bagi penyokong dia orang, PH ini tak kritikal mana, pimpinan dia orang OK, boleh tahan serangan PN, walaupun memang betul PH buat salah, sudah terbukti, disaksikan seluruh dunia, dia buat juga perkara yang sama sebagaimana yang PH bodohkan Umno dahulu. Tetapi dia buat muka tebal saja, mana tahu malu.

Namun dengan isu Umno ini, dia orang cukup bimbang. Umno memang sangat rapuh kerana Zahid masih menjadi Presiden. Dengan serangan yang bertubi-tubi, Umno mungkin akan jatuh kerana hilang kepercayaan dari ahli sendiri. Dan memang sudah ramai yang keluar parti.

Formula mudahnya. Umno itu penyendal PH. Jika Umno jatuh, maka Kerajaan PH juga akan jatuh. Maruah Anwar sebagai Perdana Menteri menunggu yang paling dinantikan setelah berdekad lamanya, nanti hanya akan dikenang orang sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat. Bak kata orang, setelah guruh berdentum, kilat sabung menyabung, akhirnya hanyalah hujan renyai yang turun.

Maka, dengan apa juga alasan atau taktik, orang PH akan berusaha sedaya mungkin bagi menyelamatkan Umno. Penyokong PH diam tidak terkutik dengan keputusan Umno menggugurkan pimpinan mereka itu. Takut jika tersalah campur, makin membarah kesakitan Umno. Yang menerima akibatnya ialah pimpinan mereka.

Oleh itu, pimpinan mereka sanggup menyebarkan cerita berkenaan Tan Sri Musa Hitam menempelak Rafizi, Nurul Izzah menjadi penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri, sedangkan kita tidak tahu apa pengalaman ekonominya, berita pasal PAS lambat dalam isu Islamofobia, sedekah dan rasuah. DAP juga diam membisu, kecuali Ramasamy yang bengong itu, berkelahi sekejap dengan Zahid. Ini semua bagi menampakkan kemelayuan PH itu.

Ia adalah demi survival Umno yang PH sanggup korbankan, walaupun nampak mereka yang bodoh dan dungu. Begitulah dalamnya sayang PH kepada Umno. Ia datang dari lubuk hati yang terikhlas. Demi sebuah negara yang telah lama mereka impikan.

Buatlah apa sahaja Zahid, PH akan mempertahankanmu. Cuma harapnya Zahid dan kluster keruh dalam Umno tidak melupakan jasa budi PH ini. Jangan hanya memikirkan isu Yayasan Akal Budi sahaja.

MOHD NASIR ABDULLAH
29 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 29/1/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -