Lebih banyak barang naik harga, hanya sedikit turun

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Harga barangan basah termasuk ikan masih lagi trend menaik biar pun menteri kerajaan PH-BN mendakwa kos bahan mentah di pasaran sudah stabil.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, berdasarkan tinjauan di Pasar Pagi Simpang Empat, Semanggol hari ini harga barangan keperluan harian masih lagi mahal.

- Advertisement -

Malah katanya, peniaga buah mangga memaklumkan harga buah-buahan akan naik minggu hadapan.

“Terdapat juga peniaga yang maklumkan penurunan harga namun sangat sedikit, barang yang naik lebih banyak.

“Saya turut beramah mesra bersama pengunjung yang datang membeli-belah. Di sini memang jadi tumpuan ramai kerana harga yang dijual berpatutan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Hadir sama bersama menyantuni pengunjung yang datang membeli-belah di pasar terbabit ialah Adun Selinsing, Sallehuddin Abdullah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini dilapor mengesa pengguna menggunakan kuasa pasaran untuk menurunkan harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makan.

Menurutnya, data menunjukkan harga yang dikenakan peniaga makanan, terutama restoran dan hotel terus meningkat walaupun kos bahan mentah di pasaran telah stabil. – HARAKAHDAILY 25/1/23

- Advertisement -