Halal ganja di Thailand mula nampakkan akibat buruk

- Advertisement -

BELUM pun sampai masuk separuh tahun 2023 macam-macam kerenah timbul akibat daripada keputusan menghalalkan ganja di Thailand. 

- Advertisement -

Jumlah pesakit gila baharu akibat hisap ganja meningkat 5 kali ganda atau 17 peratus dari 5 bulan sebelumnya.

Thailand mula menghalalkan kegunaan ganja kepada rakyat mereka bermula dari 1 Jun 2022.

Sekarang ahli politik yang sama-sama berbahas untuk meluluskan ganja itu saling tuduh menuduh menuding jari atas kesilapan mereka sendiri.

Nasi ganja dah jadi bubur. Nak tarik balik pun terpaksa mempertimbangkan banyak segi. 

Ya, dari satu sudut nampak pasaran penjualan ganja di Thailand meningkat berkali-kali ganda juga setelah kelulusan yang dibuat oleh kerajaan itu. Tetapi impaknya adalah kepada rakyat juga. 

Negara mungkin akan jadi kaya tetapi rakyat akan jadi bahana? Adakah model sebegini yang kita mahu dilaksanakan dalam negara kita? 

Walaupun niat kita tulus untuk tingkatkan ekonomi negara dan kononnya untuk berubat tetapi natijahnya kita boleh lihat sendiri di negara jiran kita.

Kanak-kanak pun sudah bebas menghisap ganja di tempat yang terbuka! 

Yang letihnya adalah anggota kesihatan yang terpaksa menambahkan lagi beban untuk merawat mereka yang gila akibat kesan ganja tersebut! Fikir-fikirkanlah. 

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/1/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -