MP Permatang Pauh berhak bawa suara pengundinya

- Advertisement -

BERTALI-arus DAP tak putus-putus menyerang Ahli Parlimen PAS Permatang Pauh Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan.

- Advertisement -

Mengikut Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P. Ramasamy tindakan Fawwaz berdialog dan menegur pengurusan Sunway Carnival Mall Butterworth berkaitan promosi jualan arak besar-besaran di premis berkenaan sebagai kononnya tindakan yang ‘memalukan dan pengecut’.

Kenapa negatif sangat otak pemikiran pemimpin-pemimpin DAP ini? 

Lim Kit Siang pula menuduh tindakan YB PAS itu sebagai ‘Malaysiafobia’ kononnya tidak memahami konsep masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Jangan kaburi mata rakyat Malaysia dengan menabur fitnah dan adu-domba. 

Hakikatnya YB PAS ini telah pun nyatakan yang beliau menerima aduan awam berkaitan aktiviti promosi minuman keras secara terbuka di premis pusat beli belah berkenaan.

Pusat ini bukan di Hong Kong atau Taipei tetapi dalam Parlimen Permatang Pauh yang 73.18 peratus pengundinya adalah Melayu Islam. Dan Ustaz Fawwaz adalah Ahli Parlimennya.

Bertindak atas aduan itulah beliau memutuskan untuk ‘engage‘ atau bertemu dengan pihak pengurusan.

Mall ini pengunjungnya bukan sekadar masyarakat bukan-Melayu tetapi pengunjung dan pekerja di dalamnya ramai orang Melayu Islam, lantas atas tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Ustaz Fawwaz bertindak.

Beliau bukan menyokong pengganas LTTE, atau menghasut masyarakat Melayu Islam agar protes atau merempuh premis berkenaan tetapi beliau berjumpa dan berdialog secara aman.

Apa yang menyebabkan tindakan Ustaz Fawwaz itu dilihat ‘memalu dan pengecut’ oleh Ramasamy atau konon-kononnya Malaysiafobia oleh Kit Siang?

Ini sesungguhnya langkah terpuji, cukup matang, penuh diplomasi dan profesional dari seorang Ahli Parlimen PAS yang partinya hari ini merupakan blok parti terbesar di Parlimen.

Pendekatan populis berkonfrontasi, maki-hamun dan mencabar undang-undang sebagaimana pernah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat DAP bukan pilihan wakil rakyat PAS apabila membawa suara rakyat.

Oleh itu DAP jangan cemburu dan melonjak-lonjak bagai kera sumbang.

Ini cara kami. Kalau pun tak suka PAS tapi janganlah tabur fitnah.

Bukannya kita melarang tetapi menuntut agar dikawal demi memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam negara.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 12/1/2023

- Advertisement -