Umno dihanyutkan menuju karam

- Advertisement -

KE MANA Umno sedang tuju? Belum jumpa ada yang kata Umno menuju kepada fasa pengukuhan dan bertambah baik. 

- Advertisement -

Yang ada hanya keluhan dan rauk kecewa yang melihat Umno menuju kehancuran dan kemusnahan jika tidak direjuvenasi dengan segera. 

Rasa dan pandangan ini bertepatan dengan data yang ada. Mari kita lihat sejenak prestasi Umno atau BN dalam PRU-PRU yang lalu;

Pengundi BN

PRU13 – 5.2 juta orang.

PRU14 – 4.0 juta orang.

PRU15 – 3.4 juta orang.

Pengundi BN dalam 3 pilihan raya terakhir ini memperlihatkan penurunan demi penurunan undi. Maksudnya, rakyat makin jauh dan menjauhi BN. 

Walhal, jumlah pengundi PRU15 lalu bertambah hingga 15.5 juta pengundi. Namun, undi kepada BN bukan sahaja tidak bertambah, malah makin berkurang. 

Mari kita lihat jumlah kerusi yang dimenangi BN dalam PRU-PRU yang lalu. 

PRU13 – 133 BN (88 Umno).

PRU14 – 74 BN (54 Umno).

PRU15 – 30 BN (26 Umno).

Ini adalah data-data yang tidak dapat disangkal. Umno atau BN sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. Rakyat konsisten menolak Umno atau BN. 

Dalam keadaan nazak sedemikian, Umno atau BN telah menempah nisan beserta kelengkapan pengembumiannya sendiri apabila memeluk DAP-PH yang selama ini bermatlamat membunuh mereka.

Terbukti dalam PRK Padang Serai. Bukan lagi rakyat menolak Umno atau BN namun penyokong setia Umno atau BN juga kecewa dengan Umno atau BN. 

PRU14 

PH – 31,724 undi.

PAS – 22,911 undi.

BN – 15,449 undi.

PRU15

PH – 35,377 undi.

PN – 51,637 undi.

BN – 2,983 undi (tarik diri).

Jika ambil kira undi PRU14, sepatutnya dalam PRU15 selepas gabungan PH-BN dibentuk, sekurang-kurangnya mereka dapat 47,173 undi. 

Namun, dalam PRU15 PH-BN hanya dapat 35,377 undi sahaja dan hilang 11,796 undi. Ini tidak mengambil kira penambahan pengundi baru lagi. 

Bahasa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) agak lembut sebenarnya apabila mengatakan Umno sedang dihanyutkan. Mungkin berikan harapan agar Umno kembali sedar dan mendayung semula. 

Namun bagi aku, hakikat sebenar Umno itu sudah pun tenggelam dan karam angkara sendiri. Itu pun TGHH masih guna ayat lembut, tapi kita pula dituduh mahu membunuhnya.

Nyawa dah di halkum pun masih lagi sombong. Cis

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 4/1/2023

- Advertisement -